Saturday, April 19, 2014

Tarbiyah tanpa ukhwah?


Kaifa halukum? uhuk uhuk *batuk gedik* ~ jetjet blog ni dh berhabuk.. dah lama gilerr tak buka blog sendiri, dah lama tak baca blog yg awesome awesome bakhang dan yang pastinya dah lama giler tak update blog yang ntah papew awesome ni hahhaha.. *nangessss* T^T

owhhh sudah sudah tulis perkara tah pape.. Harini husna, husna? oyeahh husna *new name* nak kongsikan ape yang husna dapat time usrah ... oyeahhh husna berbulatan gembira tapi hanya di online je. RCU02 ~ Resepi Cinta Usrah -group 02 .. btw sesapa nk join klik lah kat sini situ tuu (Resepi Cinta Usrah) pm page tu okeyhhhh! muslimah only.. asiff :)

Perbincangan usrah ni dah lama tapi teringin nak update sebab sangat terkesan di hati pendosa tanpa noktah ini. Ready~ Bismillahirahmanirahim :)

USRAH 14/3/2014

Tajuk: Tarbiyah tanpa ukhwah



Tarbiyah : pendidikan

Ukhwah Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang, tolong menolong, bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali.

Ukhwah bakal melahirkan kerjasama, tarbiyah mewujudkan kesedaran untuk berbakti atau meninggikan syiar Islam.


pandangan seorng akak usrah : Ukhwah tanpa tarbiyah seperti mendidik tetapi tidak menitikberatkan soal hubungan sesama manusia. . 


contoh : A nak tarbiyah B tapi mungkin sekadar bagi tazkirah, A tak pernah nk cuba taaruf dengan B sebaiknya, tak pernah berusaha untuk eratkan ukhuwah sesama mereka , maka agak2 tarbiyah itu mampu tak diterima oleh B?
perkongsian seorng akak usrah :


" tarbiyah maksudnya nasihat@didikan..ukhwah mksudnya ikatan..tarbiyah tanpa ukhwah= didikan tanpa ada ikatan kuat..mungkin contohnya.. si pentarbiyah bagi nasihat,didikan tapi tiada connection dalam memastikan si yang menerima tarbiyah betul2 dibantu..mungkin hanya tarbiyah di bibir tapi tiada tindakan zahir..bagi nasihat tentang solat dekat kawan...orang tak solat berdosa,blablabla..tapi tak pimpin tangan kawan tu ajak solat sama2 sebagai permulaan kawannya menerima tarbiyah tentang solat tadi "

WALAU BAGAIMANA PUN...

Kualiti hubungan kita dengan manusia, bergantung pada kualiti hubungan kita dengan Allah.

Ada orang, dia sangka rencananya sudah sempurna. Tapi dia lupa 'term' Kunfayakun itu ada pada Allah.

Bila sebut pasal ukhuwah, ia tentang bagaimana untuk 'tackle' hati manusia agar terus erat.

Lagi sekali kita lupa, kunci itu tetap ada pada Allah sebab hati manusia, Allah yang pegang. Allah lebih tahu.



- from naqibah ^_^ -



hablumminallah ( hubungan dengan Allah )  
hablumminannas ( hubungan dengan manusia )
habblun minnal bi'ah (hubungan dengan alam sekitar)



Moga bermanfaat 

tarbiyah + ukhwah = dakwah yang awesome 

sumber from page Resepi Cinta Usrah and dalam pengisian usrah...

yang baik semua datang dari ALLAH .. yang buruk datang dari kelemahan diri ini.. moga Allah memberkati hidup sahabat-sahabat yang membaca .. InsyaAllah.... :) 

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

*rare giler pantun ni -_- hambar*


Keep Calm and Remember ALLAH

| Untuk | Semua | Rasa | Allah | Hebat |


Jetjet comel sume orang -_-" okeyh.... | classmates | semester 2 | memories | Miss Mariam | JCS1432B | 



No comments:

Post a Comment