Tuesday, February 26, 2013

result EXAM



Salam ukhwah!! kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ini. Alhamdulillah dapat juga saya diberi peluang untuk mengisi entry dlm blog ini... sahabat2 dah mengucap 2 kalimah syahadah ke belum hari ni.. dah ucap Alhamdulillah ke belum.. tu..tu... senyum lah... sbb.. senyum itu sunnah.. dapat pahala s... ^____^ .... InsyaAllah..... Mungkin kita kenal dan mungkin kita tak kenal. InsyaAllah. Terima kasih kerana sudi membaca entry di blog ini, saya harap saya dapat terus mengisi entry2 yang lebih berfaedah di dalam blog ini. InsyaAllah. Semasa saya sedang menulis entry ini, menulis?? ok menaip..

otak sedang menghitung hari memikirkan tarikh keputusan SPM yang masih tidak ketahui dan sekarang hampir masuk bulan 3 dan result tak lama lagi akan  keluar. Hati pulak berdebar dan hanya mampu redha denga ketentuan Allah walau apapun result SPM saya nanti. InsyaAllah Allah tahu apa yang terbaik buat kita. 

Entry ini semestinya ditujukan kepada pelajar SPM 2012 yg akan ambil result tak lama lagi dan dituju juga kepada saya juga ( budak SPM 2012. )

        ..................................................................................................................................

Walau apa pun keputusan yang kita dapat .. engatlah bahawa Allah maha adil. jika kita usaha sedikit akan dapat sedikit, jika usaha bnyak akan dapat banyak....  

hayati janji daripada Allah s.w.t ini... 

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

dan bahawasanya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,[53:39]

Kepada semua.. Jangan risau !!
Walau apapun keputusan yang keluar nanti, 
Tidak kira cemerlang atau tidak,

Anggaplah ianya sebagai HADIAH daripada Allah..
Allah tahu nak bagi hadiah macam mana buat kita..
Allah tahu apa yang terbaik buat kita.. yakinlah!!

Kalau dapat cemerlang, senyumlah dengan merendah diri,
Jangan sombong! Jangan riak! Dan Jangan terlalu bangga diri!
Bersyukurlah dengan mengharapkan agar kejayaan itu
tidak akan merosakkan diri..

Kalau tidak cemerlang, senyumlah dengan tabah,
Jangan terlalu kecewa! Jangan hilang semangat! Dan jangan putus asa!
Bersabarlah dengan mengharapkan agar kekurangan itu tidak akan merosakkan diri..

Jangan anggap, orang yang dapat cemerlang nanti akan cemerlang buat selama-lamanya!
Jangan anggap, orang yang tidak cemerlang nanti akan kecundang buat selama-lamanya!
Semua itu adalah perancangan daripada Allah!! Semata-mata untuk menguji kita..


credit to: Air mata iman ... kata-kata ini sangat berkesan dan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah.. InsyaAllah... 

                                          ..................................................................................................................................

kepada sahabat-sahabat yang akan mengambil keputusan SPM tak lama lagi. jangan putus-putus berdoa dan melakukan ibadah sunat dan  amalkan sunnah Rasulullah. Apabila dah dapat keputusan jgn berhenti melakukan tetapi istiqamah dan kosisten melakukan kebaikan. Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah.. InsyaAlah... 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

“ Ya Allah, berikanlah keputusan yang terbaik buat diriku dan sahabat2 seperjuanganku.. 
Hanya itu sahaja usaha yang mampu aku lakukan..
Aku redha atas apa-apa ketentuanmu..
Sekiranya aku layak untuk mendapat cemerlang, 
tunjukkanlah aku jalan untuk terus mensyukuri nikmat-Mu..
Sekiranya aku kurang cemerlang,
Tunjukkanlah aku jalan untuk memperbaiki kesilapan lalu dan terus berusaha untuk kehidupan akhiratku..
Aminn..”

InsyaAllah~...

berdoalah dengan meminta kepada Allah bukan memaksa... OK it's reminder fo myself to.. 

InsyaAllah .. stakat ini sahaja entry saya.. yang baik itu semua datang dari Allah.. yg x elok itu dtg dari kelemahan diri saya sendiri sebagai hanba Allah yg hina ... Semoga Allah memberkati hidup kalian dan mempermudahkan segala urusan kalian yang sudi membaca entry di blog saya.. 

InsyaAllah... 

"semoga pelajar SPM 2012..  mndpt keputusan yg baik.. supaya dpt menggembirakan hati ibubapa dan guru-guru kami InsyaAllah .. semoga shabat mnjadi anak yang soleh & solehah... berjaya dunia dan akhirat" .. aminn... InsyaAllah.. 


-harap tegurlah jika ada yg sya salah

don't forget to smile.. ^_^  ....wallau'alam~ 

mengubati hati yang terluka


Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsikan oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.


4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

~dipetik dari --> http://www.iluvislam.com/... Saya bukan orang yg berilmu tinggi tapi saya sentiasa berusaha mencari Ilmu dan KeredhaanNYA... semoga ALLAH sentiasa mempermudahkan segala urusan kalian semua di Dunia ciptaanNYA... Semoga setiap perkara yang kita lakukan mendapat keredhaan Illahi.. insya-Allah... Wallahu'alam.. 
doakn kami pelajar SPM 2012... semoga kami mendapat keputusan yg baik dan cemerlang .. amin.. insya-Allah